Misi Bantuan Kemanusiaan Prihatin 4.0 Ke Negeri Pahang

Misi Bantuan Kemanusiaan Prihatin 4.0 Ke Negeri Pahang

31/12/2021 (Jumaat) – Syukur Alhamdulillah Selesai Sudah Misi Bantuan Kemanusiaan Prihatin 4.0 Sukarelawan PPRJ Selangor Ke Negeri Pahang.
Lokasi Terakhir Kami Pada Hari Ini Di Taman Mentakab Indah, Kampung Batu Kapur Dan Kampung Lanchang Baru. Alhamdulillah Sebanyak 200 Bakul Makanan, Tikar, Sejadah Dan Bantal Diagihkan Kepada Mangsa Banjir Pada Hari Terakhir Kami Di Mentakab, Pahang.

Perasaan Sedih Dan Pilu Kami Bermula Dari Hari Pertama Misi Bantuan Sehingga Ke Hari Terakhir. Kami Tiada Daya Dan Kemampuan Secara Maksimum Untuk Membantu Mangsa-Mangsa Banjir Untuk Kembalikan Segala Kelengkapan Yang Telah Musnah. Hanya Sedikit Bantuan Dari Kami Untuk Mereka Yang Terlibat Dalam Bencana Banjir Ini Yang Mampu Kami Hulurkan.
Paling Sedih Apabila Kami Ke Lokasi Terakhir Di Kampung Lanchang Baru, Apabila Barangan Sumbangan Tidak Mencukupi Untuk Diagihkan Kepada Mereka Yang Sedar Akan Ketibaan Kami. Maafkan Kami 🙏🏻.
Semoga Dengan Sumbangan Kecil Kami Yang Tidak Seberapa Ini Membantu Meringankan Sedikit Beban Mereka-Mereka Yang Terkesan Dek Kerana Bah Ini.

Saya Juga Teruja Apabila Melihat Ramai Sukarelawan Dari Seluruh Pelusuk Tanah Air Yang Turut Sama Membantu Tanpa Mengira Agama, Kaum Dan Bangsa. Semangat Seperti Ini Yang Kita Mahukan Sampai Bila-Bila.
Tidak Dilupakan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Sukarelawan Dari Pertubuhan Prihatin Riyadhul Jannah Selangor & Warga Kerja Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Yang Bertungkus Lumus Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Prihatin 4.0. Terima Kasih 🙏🏻
We Love Malaysia ❤️

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *