SUMBANGAN PRIHATIN 3.0
50,000 kampit beras kepada golongan terkesan

AYUH BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN
Projek ini merupakan inisiatif daripada Pertubuhan Prihatin Riyadhul Jannah Selangor
( PPRJ ) kepada golongan yang terkesan, asnaf, fakir dan miskin di seluruh Semenanjung Malaysia secara amnya, seiring di dalam usaha mengharungi cabaran getir memerangi pandemik Covid 19.
Harapan kami moga dengan usaha murni ini, sedikit sebanyak memberi pengertian besar terhadap golongan yang terkesan sehingga mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan asas.
Sumbangan 10kg beras untuk satu keluarga terdiri daripada golongan sasar akan diedarkan melalui suatu mekanisme yang teratur, mudah dan cepat dengan bantuan ketua-ketua masyarakat setempat serta pihak berkuasa tempatan. Ini bagi memastikan bantuan beras ini benar-benar sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Ayuh bersamalah kita sokong usaha kami merealisasikan hasrat untuk mencapai sasaran 50,000 kampit beras dapat diagihkan secara percuma kepada golongan yang amat memerlukan ketika ini.
Target RM 1,500,000.00
Infaq Status : Ongoing
Total Amount Collected: RM 14,974.20
Above information is updated.
PILIH JENIS SUMBANGAN & KLIK DIBAWAH UNTUK SUMBANGAN DIRECT ONLINE :






Misi pemberian beras secara percuma ini turut menampilkan beberapa orang selebriti terkenal tanah air antaranya Pelakon terkenal Amar Baharin, Amyra Rosli, Imam Muda Asyraf & Fedtri Yahya yang secara langsung akan turut sama mempromosikan usaha ini.

Amar Baharain
Selebriti Malaysia

AMYRA RoSLI
Selebriti Malaysia

IMAM MUDA ASYRAF
Pendakwah, Penceramah & Usahawan

Ahmad Fedtri Yahya
Personaliti TV & Penggiat Puisi