Bantuan Khas Banjir Kedah Darul Aman

Bantuan Khas Banjir Kedah Darul Aman

27 Ogos 2021 (Jumaat) – Syukur Alhamdulillah Sukarelawan PPRJ Selangor Telah Selesai Melaksanakan Misi Khas Bantuan Banjir Ke Negeri Kedah Darul Aman.
Pergerakan Kami Bermula Seawal Jam 9.00 Pagi Bersama Sukarelawan Cancer Survivor Malaysia (CSM) Dibawah Pimpinan Puan Zuraini Kamal Yang Mengatur Pergerakan Misi Bantuan Di Beberapa Buah Kampung Di Dalam Daerah Yan, Kedah. Diantara Kampung Yang Sempat Kami Santuni Mangsa Bencana Banjir Ialah Kampung Sg Perigi, Kampung Pantai Murni, Kampung Setar, Kampung Setoi & Kampung Raga Melibatkan 150 Buah Keluarga.
 
Manakala Sebelum Rombongan Kami Bertolak Pulang Sekitar Jam 4.00 Petang, Sempat Juga Kami Ke Kampung Bharu Gurun, Kampung Taman Gurun Jaya Dan Kampung Sg Kunyit Yang Berada Di Kawasan Gurun Dengan Bantuan Tunjuk Arah Oleh Saudara Hanif Yang Merupakan Penduduk Tempatan Bagi Menyerahkan Sumbangan 50 Bungkusan Bekalan Makanan Asas Kepada Mereka Yang Turut Terkesan Akibat Banjir Di Kawasan Tersebut.
 
Satu Pengalaman Yang Cukup Bermakna Buat Kami Di Dalam Melaksanakan Misi Kali Ini. Kebanyakkan Daripada Keluarga Mangsa Yang Ditemui Menzahirkan Rasa Syukur Dan Terharu Diatas Sumbangan Yang Telah Dihulurkan.
Sebelum Kami Bersurai, Kami Saling Bertukar Cenderahati Sebagai Tanda Persahabatan Dan Terima Kasih Kepada Pihak Cancer Survivor Malaysia (CSM) Selaku Pemudah Cara Bagi Menjayakan Misi Bantuan Kali Ini. Terima Kasih Juga Diatas Jamuan Makan Tengah Hari & Penginapan Kepada Pihak Kami.
 
Tidak Dilupakan Ucapan Terima Kasih Kami Kepada Pihak Penyumbang Yang Turut Sama Membantu Bagi Misi Kali Ini.
Terima Kasih Allah
Terima Kasih Penyumbang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *