Projek ini merupakan inisiatif daripada Pertubuhan Prihatin Riyadhul Jannah Selangor
( PPRJ ) kepada golongan yang terkesan, asnaf, fakir dan miskin di seluruh Semenanjung Malaysia secara amnya, seiring di dalam usaha mengharungi cabaran getir memerangi pandemik Covid 19.
Sumbangan 10kg beras untuk satu keluarga terdiri daripada golongan sasar akan diedarkan melalui suatu mekanisme yang teratur, mudah dan cepat dengan bantuan ketua-ketua masyarakat setempat serta pihak berkuasa tempatan. Ini bagi memastikan bantuan beras ini benar-benar sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Harapan kami moga dengan usaha murni ini, sedikit sebanyak memberi pengertian besar terhadap golongan yang terkesan sehingga mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan asas.
Ayuh bersamalah kita sokong usaha kami merealisasikan hasrat untuk mencapai sasaran 50,000 kampit beras dapat diagihkan secara percuma kepada golongan yang amat memerlukan ketika ini.